Saturday, December 6, 2008

Nite Ride - Kulim HiTech to Sup Hameed Penang Road

Seperti yang di war-warkan sebelum ni. Trip kali ni lebih kpd santai kerana masa yg diambil utk completed ride ni adalah 2 hari. Tayar golek on 5Dec - Tayar Stop on 6 Dec . Satu record utk KHTBikerz gak coz penglibatan paling ramai riders dan marshall utk ride ini. Overall 18 riders and 3 org Marshall dengan scooter and 4x4 terlibat secara lansung.
Lokasi berkumpul kali ni adalah dihadapan Balai Bomba Hi-Tech. Walaupun masa yg dijanjikan adalah 745pm, tapi masam biasa laa...ada yg bagi alasan.." wife suruh pi pasar malam dulu ler..." ada yang " gerek tak dak angin laaa..." ada yg .."baru balik kerja" dan pelbagai lagi alasan yg acap kali kita selalu dok dengaq.! Selepas seisi bergambaq lebih kurang..Jam 830am kami meninggalkan lokasi dgn diiringi oleh marshall bermotosikal dan berkenderaan 4X4.
KHTBikerz BOLEH....! Marshall - bergaya dgn Healer.

Zub dari Persatuan Scooterrama Kulim Perdana bertindak sebagai Ketua Marshall.

Kayuhan bermula dari Bomba Hi-Tech melalui Kilang Lama untuk ke BKE.Melewati 3KM pertama-ujian pertama utk new members KHTBikerz - Shukor.Tayar pancit.! Banguih punya dok pam pun tak mau masuk2 gak..Alih2 jadi mcm ni laaaa...Alaaa--alaaa...MALU Kononnnnn...!

Kayuhan tidak tergangu bila kami memindahkan Shukor & Bicycle ke Truck manakala Team members lain meneruskan kayuhan utk ke Pit Stop yg pertama iaitu di SHELL BKE. Sampai di Pit Stop pertama-Team Mekanik - Bro Razi seperti biasa akan menjalankan tugas beliau:-

* Will attach pics soon. *

Manakala bikers lain mengambil kesempatan utk berehat seketika.Masa yang yang diperuntukkan utk pit stop ni adalah 15 minutes.

Kami meneruskan kayuhan melalui laluan motosikal BKE dgn bantuan marshall berscooter. Bro Zub..2 thumbs up to bro Zub.! Manakala 4x4 mambantu laluan trafik dgn siren & healer.

Kayuhan agak perlahan dilaluan mendaki di Tunku Bainun & Kubang Semang.Seterusnya kami berhenti di 2nd Pit Stop di Petronas Seberang Jaya. Seorg lagi biker Bro Hazardi dari Tmn Pauh menyertai ride kita pada mlm tersebut.

Marshall sekali lagi memberi penerangan kepada all riders berkenaan dgn laluan yg akan dilalui.Laluan bandar yang agak sibuk utk ke Pengkalan Feri Butterworth. Marshall berkerja keras utk memastikan all riders selamat melalui laluan ini.

Menghampiri jam 1030mlm kami memasuki pengkalan feri Butterworth. Riders berkesempatan untuk berehat semasa diatas feri. Kehadiran kami di jeti Penang mencuri perhatian mereka yang berada disitu. Masing-masing mengambil kesempatan "mengontrol ayu" walaupun keletihan.

Kami meninggalkan jeti utk ke penang road-distinasi yang dituju tidak lain tidak bukan "Sup Hameed" ,actually plan ke sini dah lama dibuat-alhamdulilallah finally kami berjaya juga kesini dgn berbasikal.

Kedai Sup Hameed bertukar wajah dgn kehadiran kami,pelanggan2 lain datang dgn berkereta dan bermotosikal tapi kami dgn bicycle,so-tempat parking kami pun exclusive ler.

Masing2 tak melepaskan peluang utk mencuba pelbagai jenis sup-ada yg order sup daging, sup tulang tapi ramai ler yg order sup ekoq and sup torpedo...kenapa eakk?

Selesai makan , minum dan pengoksidaan kami meneruskan kayuhan utk perjalanan pulang.Masing2 agak kelesuan dek penangan Sup Hameed. Lagi bertambah lesu bila terpaksa menunggu lebih 1 jam utk mendapat feri.Tapi dlm letih2 tu pun kami masih lagi mampu utk berposing.

Menghampiri jam 130am-kami menjejaki pengkalan Feri Butterworth.Dari situ kami melusuri laluan pantai BORR utk ke BKE. Laluan trafic agak baik kerana dak tak byk kenderaan, kalau kenderaan ber"engine" pon dah tak byk, kenderaan beroda tanpa engine lagi ler tak byk..!!! Sapa yg nak berkayuh pagi2 buta ni oooiiiii..!

To be Cont' - Zull d'Albuquerque

No comments: