Monday, December 22, 2008

Kayuhan Hujung Minggu - Hutan Simpan Kekal Bintang Hulu ( Sempadan Kedah/Perak)

Kayuhan Hujung Minggu – Hutan Simpan Kekal Bintang Hulu

Idea awal kayuhan di trek ini datangnya dari Bro Mizi & Kamal, secara kebetulannya mereka berdua ni telah mewakili KHTBikerz dalam satu kayuhan kesana bersama2 dgn satu group Chinese dari Penang lebih kurang sebulan dua yg lepas. Menyedari trek tersebut amat mencabar & panorama yg indah,mereka propose utk team members menguji trek tersebut. Memandangkan last 2 weeks kita dah pakat lalok dgn penangan Sup Hameed dlm Nite Ride, so idea kayuhan yg kita quote as Ulu Mahang pada peringkat awalnya menjadi pertaruhan utk kayuhan hujung minggu kita ada kali ini.

Seperti biasa , sebelum apa2 rite sekalipun team akan mengadakan meeting terlebih dahulu dan seperti biasa juga venue utk meeting kita adalah EMEAL CAFÉ ( Big thanks to Bro Iss-lain kali sponsored ler lagi.)
Meeting – Dec 17th, 2008
Meeting chair by bro RaziPak Abu - beria-ia nak kayuh,alih2 kena jadi baby sitter,pasni pi jumpa Dato Seri Hisamuddin-bagi warning kat dia sikit..!Makan-Makan lead by bro MiziMeeting & Santai @ Emeal CafeGaya seorang Bank Officer.



Selepas segala perancangan dibuat,peringkat awalnya kita cuma plan utk rite bersama2 dgn team members jer, tapi selepas post dlm blog response dr team2 lain pun nampak baaikkk punyer..so kita jemputlah semua yg berminat utk menguji trek ni. Pada awalnya dianggarkan dlm 25 org jer, alih2 dah jadi 30 org daaaa…apa pun, lu org mmg sempoiii…”4 Wheel Move your body but 2 Wheel move your Soul”.
Malam sebelum kayuhan-semua AR’s owner sibuk menguruskan AR masing2, dan yg paling sibuk tentulah Bro Iss & Mizi coz 2 org ni yg handle F&B, hat yg lain2 tumpang sibuk utk pasang carrier & service beskal laa.
Bro Mizi sedang menunjukkan teknik mengikat carrier dgn betul, hampeeh betul la hangpa ni--nak ikat carrier pon tak tau..!
Bro Kamal MSI-teruja melihat tayar baru Kaka Laut Wheel Balancing
Jom balik tiduq dulu wehhhh....Aku dah takut niiii..!



Jam 11pm kami dismiss dari pot setelah didatangi oleh tetamu yang tidak diundang.


Keesokkan paginya- tepat jam 645am seorang demi seorang team members & Riders dr team2 lain datang berkumpul di depan balai BOMBA Hi-Tech.Awal pagi yg dingin.Total 18 kenderaan dgn 30 orang riders beeminat utk menyertai ride kali ini

Sumi bergaya macho ala-ala askar German nak pi perang.!Q utk menunggu rakan2 lain.Kenderaan Rasmi KHTBikerz.




Kami meninggalkan BOMBA Hi-Tech around 720am utk ke Tmn Mutiara,sekali lagi kami berkumpul disini utk merge dgn rakan2 lain dr Tmn Mutiara & Team Gerek Bukit
4X4 sponsored by Nasi Ayam Periuk Besaq
Sumi dari Hi-Tech sampai ke Tmn Mutiara tak turun2 dr atas truck.
Menunggu kedatangan Cikgu

Cikgu tiba dgn back pack anaknya...hampeeh tul kau cikgu, beg sekolah anak hg pun hang angkut sekali.


Sebaik semua ready, satu konvoi 18 biji kereta berlepas meninggalkan Sungai Kob menuju ke destinasi. Terkasima dgn keadaan persekitaran yang dingin dan mendamaikan membuatkan team members tidak sabar2 untuk sampai ke destinasi yang dituju.
Jam 815AM kami tiba dilokasi yg dituju, kedatangan konvoi kami menarik perhatian kawasan kejiranan-terima kasih kpd tuan rumah/tanah kerana membenarkan kami mem"parking" kereta dikawasan sekitar rmh beliau.Kiri-kanan jalan penuh dgn kenderaan kamiSebaik sampai semua sibuk utk menurunkan bicycle masing2 dan pada masa yg sama Iss & Kamal tak ubah mcm cafe-sibuk utk mengedarkan breakfast pack kpd semua yg ada. Breakfast Menu : Gardenia Roll & Soya Bean.


Breakfast time.
Sementara menunggu kesemua siap sedia, ada yg mengambil kesempatan utk berkenalan, bergambaq, membuat regangan otot dan tak kurang jugak yg dok buat bodo jer...!

Tandop - Cayalah bro, 2am bertolak mai dr Cangloon.




Kaka Laut dikelilingi oleh KHTBikerz team members.!


Sumi - X German ArmyA: Nama hang apa?


B: Nama kami B, hg?


A: Nama kami A, hg mai dr mana?


B: Kami mai dr Cangloon nuuuu,,,dekat sempadan Siam nnuuuu...Hg tau ka?
Walaupun nak masuk hutan, Wa tetap mantain macho...dressing mau jaga..!




840AM - kami memulakan kayuhan, melepasi 2km pertama lebih kepada zon keraian, selepasnya kami memasuki lokasi sebenar pada rite kali ni..Masing2 teruja dgn sign board Balai Pemeriksaan Hutan - Ulu Kerian,makna kata kami dah nak mula kayuhan sebenarnya dah ler nii..Apa pun sebelum nak kayuh, aktiviti wajib- kita snap group photo dulu...Masing2 sibuk berposing mengalahkan artis. Pasni kalau keluaq kat URTV jgn marahkan aku pulak.!


Lepas siap bergambaq,kami memulakan kayuhan sebenar.Trek kali ini benar2 menguji stamina & mental bikers. Kiri kanan trek dipenuhi dgn kesan2 peninggalan balak. Dan ini menceritakan keadaan sebenar.
Kayuhan kami sentiasa diawasi oleh marshall 4x4

Walaupun govertment telah spend million dollars utk membina highway , tapi kami tetap memilih laluan yg tak bertol macam ni.
Angkat...4x4 pun blh sangkut, inikan pula gerek.
Angkat lagikkkk bro...!Dalam hutan pon bertugas bro kita ni....Seterusnya kayuhan berpecah kepada beberapa group dek penangan trek yg betul2 menguji stamina. Dipertengahan kayuhan ada check point utk refreshment - mineral water & pisang.


Panaroma indah-bumi Allah,anugerah utk insan yang tahu utk menghargai alam.


Sekitar jam 1130, mereka yg membuat break away telah sampai kedestinasi. Sementara menunggu ketibaan truck makanan & rakan2 lain yg masih lagi mengerah kudrat utk mendaki, kami mengambil kesempatan utk mandi manda di air terjun. Sejuk...bro,sampai ke tulang hitam.!


15min kemudian, truck makanan sampai-menu utk lunch : Bihun Goreng, Sandwish, Sausage, Mineral Water & 100Plus.


Selesai makan, mandi-kami bersiap sedia utk perjalanan pulang. Tapi sebelum tu....snap team photo lagi bro.


Bertolak balik, masing2 enjoy layan down hill-pertengahan jalan sekali lagi break utk seisi group photo. Habis bergambar kami meneruskan kayuhan sehingga ke check point terakhir.


-con't lagi bila free nanti.


Enjoy moment2 indah ni dulu, details report will update in our blog later. Stay tune - Zulls d'Albuquerque.
Mereka yang turut serta dlm kayuhan ni:-

















Marshall


- Kamal


- Jatt (Nasi Ayam Periuk Besaq)


- Kawan Jatt




KHTBikerz Team


- Mokhtar Sr


- Zull's


- Mokhtar Jr


- Mizi


- Iss


- Tandop


- Faizal (Sukma)


- Nizam Junjung


- Zaki


- Zabidi


- Sumi


- Zul MSI


- Cikgu




Team Gerek Gunung:


- Maskot


- Faizal


- Mat Nor


- Sham


- Mat


- Hanafi


- Wari

Team Gerek Bukit:


- Brahim


- Jat


- Kamil



Lain-Lain:


- Hamid


- Saiful


- Nasri


- Hazlizam


- Amin




Stay tune - Zulls d'Albuquerq
leb

No comments: