Friday, November 14, 2008

Kayuhan Hujung Minggu - KP Menjerit

"4 wheel move your body, 2 wheels move your soul"
Dalam kesibukan memenuhi commitment kehidupan harian, kami tetap dgn rountine latihan hujung minggu kami. Bumi Darulaman ini banyak lagi tempat yang belum kami terokai, Kehijauan bumi Darulaman menggamit naluri kami untuk terus berkayuh utk " Back To Nature".
Oct 19,2008 -
Seawal jam 7am seorang demi seorang ahli KHTbikerz datang port,team begitu bersemangat utk berkayuh memandangkan 2 ahli baru akan bersama-sama dgn kami utk kayuhan hujung minggu ini. Kayuhan Hujung Minggu ni kami namakan "KP Menjerit" -Kenapa KP menjerit? Bukan KL Menjerit.! Sebabnya.....
Tepuk Dada Tanya Iman


Sebelum bermula kayuhan "KP Menjerit" kita berposing dulu. Trekker utk "KP Menjerit" pada hari tersebut adalah bro. Razi
* Lagi kerap aku kayuh, perut aku ni makin menjadi-jadi naik ler pulak..! Heran betul aku.!
Sunday, October 19, 2008, 8:05:50 AM:
Kami memulakan kayuhan "KP Menjerit " dgn diketui Bro.Razi , Melewati 2.75KM pertama kami singgah di pit stop yang pertama utk mendapatkan bekalan extra O2 iaitu Malboro Light & Dunhill.

Kemudian kami meneruskan kayuhan melalui Jln Sg. Ular. Melewati deretan kedai2 makan dikiri dan kanan jalan membuatkan kayuhan kami terpaksa dihentikan lagi, maklumlah trekker pun Bro. Razi mana blh kalau tak breakfast dulu. Nanti hampa tak larat pulat nak kayuh katanya, seraya disambut dengan " Semua berhenti dulu" oleh Kaka Laut...maka jadilah macam yg kat bawah ni.
Selepas menjamu selera dgn nasi lemak dan tapaw serba sedikit bekalan kami meneruskan kayuhan kedestinasi yang di pelankan. Selepas 7 km meninggalkan KP, kami mula memasuki OFF ROAD, ini sebenarnya yang dinantikan oleh team members, tapi sebelum tu kita rehat sekali lagi.Team members memerlukan extra O2 sebelum memasuki off road.
Sunday, October 19, 2008, 8:41:30 AM:
Kami memasuki fasa ke-2 utk " KP Menjerit" ni. Seorang demi seorang dengan penuh semangat dan berhati-hati meneruskan kayuhan.
Trekker : You Are The MAN
Route kami utk "KP Menjerit" ni bermula dari KP-Kota Kenari-Padang Tembak-Anak Kulim-Kota Malai. Selepas trekker maka awak-awak pun ikut macam itik pulang petang.

Dalam penat-penat dok "down hill" sempat lagi nak pose.Mengampiri suku perjalanan kami berhenti di 2nd pit Stop, kali ni terpaksa mengambil masa yang agak lama sikit memandangkan ramai yg terpaksa mengunakan pelbagai minyak dan cream untuk meregangkan otot-otat yang kian menegang.Sementara menunggu rakan2 lain membetulkan otot2 mereka, Mokhtar mengambil peluang untuk menghiburkan diri dan rakan-rakan dengan bermain mercun, nak bermain kat rumah malu kat anak2 dan jiran2 pulak tu banyak protokol yang perlu dipenuhi, so bukan senang nak dapat peluang macam ni ... Check it out the cronology...Beraksi ala-ala Rajnikan utk menyalakan mercun bola.

Dengan muka yang serious macam tak buat apa2 kesalahan terus melontarkan bom kearah partner mercun beliau....Ambik kau Azwan.....hehehehe( suara echo kat belakang-hari tu hang pekena aku sangat!)KEDEBOMMMMMMMMMM........ Bersorak keriangan.. Persekitaran kawasan bertukar seakan medan pertempuran bila satu demi satu BOM dilepaskan Mokhtar & Azwan.

1 comment:

mat tengah said...

BAGUS AKTIVITI HANGPA SUMER NI NO....TP MAKIN KERAP KAYUH MAKIN NAIK PERUT TU YG AKU KONPIUS TU...ANYWAY JANGAN JADI ANTI SOSIAL...