Friday, October 31, 2008

Cycle Hunt Melaka

Kami telah bertolak dari Kulim pada malam sebelum bermulanya Cycle Hunt. Apabila sampai di RnR Ayer Keroh pada pukul 4.50 pagi, kami merehatkan mata sekejap untuk menghilangkan mengantuk. Selepas mandi dan solat maka kami bertolak ke Taman Rempah. Sebelum tu kami mengisi perut dengan roti canai di kedai berdekatan. KHT Bikerz telah berjaya menamatkan Cycle Hunt walaupun berada di bumi asing Melaka, namun masih berjaya mencari jalan pulang di Taman Rempah. Acara ini merangkumi ujian kekuatan fizikal, mental dan IQ para peserta dimana terdapat beberapa cabaran seperti mengira beca, soalan2 yang mencabar minda, dan terpaksa mendaki tangga Kota Afamosa. Segala penat lelah terubat dengan secawan kopi Aik Cheong. Syabas untuk Semua.

Sebelum bermula perlumbaan
Kota A Famosa
Kincir Air
Berjaya menjawab soalan di kedai kopi Aik Cheong...Dapat teh
Tandop n Mokhtar tengah cari jawapan




No comments: